JENIS-JENIS CINTA

Jenis cinta itu ada empat,iaitu di mana satu dengan lainya berbeza, ada kelebihannya dan kelamahannya sehingga setiap orang akan dapat dilihat dari kadar cinta yang dimilikinya:

1. Cinta terhadap ALLAH S.W.T. Cinta ini semata -mata tidak menjamin seseorang untuk menyelamatkan dirinya dari api neraka dan tidak menjamin seseorang mendapat pahala sehingga masuk syurga, kerana ramai kaum musyrikin dan orang - orang Nasrani mencintai ALLAH namun mereka tidak beriman kepadaNYA.Ertinya,mereka tidak mengendahkan semua perintah -perintah ALLAH dan melanggar larangan - laranganNYA.

2. Cinta sesuatu agar dapat mencintai ALLAH lebih kuat.Cinta ini adalah dimiliki oleh orang - orang yang baru masuk islam dan keluar daripada lubang kekafiran.Orang- orang semacam ini biasanya mencintai orang lain untuk mencintai ALLAH dan membenci orang lain hanya kerana ALLAH.

3. Mencintai sesuatu hanya kerana ALLAH . Cinta jenis ini biasanya dimiliki oleh orang - orang ikhlas dalam beramal dan cintanya tidak dipalingkan kepada yang lain.Kesimpulannya, cintanya hanyalah cinta yang lurus kepada ALLAH.

4. Mencintai sesuatu bersamaan dengan cinta kepada ALLAH .Cinta ini dinamakan Cinta kesyirikan ertinya mencintai sesuatu bersamaan dengan cinta ALLAH bukan kerana ALLAH, bukan lantaran kerana ALLAH,tidak ikhlas hanya kerana ALLAH,sehingga secara ringkas boleh dikatakan bahawa dia membuat persamaan cinta kepada ALLAH .Cinta seperti ini biasanya dimiliki oleh orang - orang musyrik.

Sedangkan cinta yang kelima tidak dikategorikan sebagai cinta di sini adalah cinta semulajadi yang dimiliki oleh setiap manusia,iaitu perasaan cinta terhadap sesuatu yang indah atau sesuatu yang diperlukan , seperti orang dahaga yag mencintai air,orang lapar yang mencintai makanan,juga seperi orang mencintai tidur ,isteri cantik dan anak.

Cinta ini takkan menjadikan seseorang itu hina atau cacat kecuali menyebabkan berpaling daripada ALLAH atau menyebabkannya lupa dari ingat kepada ALLAH.Dan cinta itu akan tetap menjadi cinta yang positif selagi tidak berlebihan,ertinya cinta itu akan menjadi otensi yang kondusif selagi tak keterlaluan.

Hal ini dengan firman ALLAH :

' Hai orang- orang yang beriman, janganlah harta bendamu dan anak- anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALLAH.
[ AL -MUNAFIQUN : 9 ]

Kemudian ALLAH berfirman lagi :

' Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaandan tidak pula oleh jual beli dari mengingati ALLAH '
[ AN - NUR : 37 ]
( IBNU QAYYIM AL JAUZIYAH )

Islamic Widget

my playlist