kemana hala tuju dakwah kita??

Selesai menyampaikan kuliah disurau MBPJ, seorang pemuda yang berambut panjang, dan memakai rantai di tengkoknya (bukan rantai Emas) telah menyapaku. Aku amat pasti, dia adalah antara puluhan pemuda yang mendengar kuliah zohorku itu.Mungkin aku tidak terlalu mahir dengan dunia artis dan hiburan di Malaysia. Yang mana, pemuda yang menegur itu memperkenalkan dirinya dan menyatakan bahawa dia adalah seorang artis yang bekerja sebagai penyanyi.Aku terkejut. Rupa-rupanya antara yang bersedia mendengar ulasanku tentang sirah nabi itu adalah soerang artis.Kami berbual. Berkisar tentang dunia artis dan hiburan. Dia menyebut, bahawa dia telah bertaubat dari menyanyi lagu-lagu yang melalaikan. Sambil itu menyerahkan kepadaku satu CD album yang dia buat. Dia menyebut, dia sedang berusaha hendak menghasilkan satu album yang bercorak ketuhanan. Aku sangat-sangat mengalu-alukan cita-citanya itu.ISLAM DAN ARTISSetelah berjumpa dengan artis tersebut (tak perlu disebut namanya), aku minta izin untuk balik kerumah. Dia tersenyum seakan-akan memahami aku kesibukan sedikit. Aku berkata kepadanya bahawa aku ingin berkawan dengannya dan ingin mendalami perasaan dan jiwa seorang artis. Dia tidak membalas permintaanku, tetapi sekadar melemparkan senyum sahaja.Semasa dalam perjalanan pulang, aku terfikir tentang artis-artis ini dikala Islam memerintah Malaysia. Apa yang pasti, setelah berjumpa dengan artis tadi, aku sudah mula berfikir bahawa mereka bukanlah orang yang bencikan Islam, tetapi mereka agak lemah mendapat pendedahan islam.Kelemahan itu, kadangkala bukan kerana mereka tidak mahu mendampingi orang-orang agama, tetapi disebabkan gerak geri dan tindak tanduk orang-orang agama menjadi penyebab utama mereka agak mengasingkan diri dari agama.Kebiasaannya pendakwah-pendakwah kita sering memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama yang sering menutup sahaja, sedangkan jika dikaji secara mendalam terhadap islam, islam bukanlah satu agama yang terus menutup segala ruang hiburan, tetapi islam mengharamkan satu bentuk hiburan, kemudian menyediakan bentuk hiburan yang tidak terlarang.Pada fikiranku, inilah kelemahan yang perlu difikirkan oleh setiap pendakwah-pendakwah di Malaysia kini.Justeru itulah, aku amat tidak bersetuju apabila ada sebilangan dari pihak islam yang menyerang secara kekerasan terhadap satu program, tetapi dalam masa yang sama tidak pernah menganjurkan program yang mempunyai bentuk yang agak sama, tetapi telah diedit agar bentuknya itu tidak bercanggah dengan islam.APA PATUT KITA BUATAku bimbang dengan cara yang sedang diamalkan ini akan melahirkan golongan yang memberontak terhadap agama, yang seterusnya mereka menyerang agama sehinggakan mereka menjadi musuh Islam.Mereka menjadi musuh Islam, bukan kerana mereka tidak mahukan islam, tetapi mereka menjadi musuh islam disebabkan mereka benci dengan sikap sebilangan pendakwah-pendakwah yang pada kiraan mereka bertindak konservatif.Aku pernah mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim. Dalam ceramah, beliau ada menyebut bahawa karl marx melahirkan kata-kata bahawa "agama adalah candu" lantaran melihat keadaan golongan agama kristian (paderi) yang kaya raya, tetapi dalam masa yang sama rakyat mereka papa kedana kemiskinan.Mendengar ulasan itu, aku berfikir. Alangkah indahnya jika karl marx ini hidup di zaman nabi SAW, yang beliau sendiri akan melihat bagaimana kebaikan, keadilan dan kebajikan islam yang telah baginda lakukan, yang padaku, sekiranya karl marx lihat semua ini, sudah pasti Karl Marx tidak akan mengeluarkan satu ungkapan yang sesat menyesatkan itu.Itu masa lampau. Yang lebih aku bimbang, apabila lahirnya manusia-manusia seperti Kasim Ahmad yang sudah mula berani mempertikaikan kandungan Hadis Nabi SAW, Salman Rushdi yang mula mempertikaikan kenabian Muhammad SAW.Kalau kita membaca tulisan-tulisan Kasim Ahmad, kita akan dapat satu kesimpulan, bahawa beliau merupakan seorang yang memberontak. Memberontak dikala beliau ingin mengenali Allah.Disebabkan kelemahan dari pihak Islam yang agak lemah untuk memberi jawapan yang memuaskan mereka, menyebabkan mereka menjadi orang yang menolak islam.Aku kira, dalam hal ini, bukan kasim Ahmad sahaja yang perlu dipersalahkan, tetapi pendakwah juga perlu dipersalahkan.SIKAP PENDAKWAH KINIAku dapat merasakan, pendakwah-pendakwah kini lebih memfokuskan dakwah mereka kepada skop yang terlalu kecil. Dakwah mereka masih lagi berlegar dikalangan umat Islam, masjid dan surau sahaja. Apabila diajak agar melebarkan ruang dakwah kepada non Muslim, mereka agak kurang boleh menerimanya.Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan. Antara alasan yang masyhur, "kalau orang islam sendiri pun belum lagi mahu pegang islam, kenapa kita nak letih-letihkan diri kita untuk dakwah non Muslim".Padaku, ini merupakan alasan yang terlalu dangkal. Alasan yang berasaskan satu kefahaman yang diciplak daripada barat.Apakah mereka tidak melihat, bahawa di zaman Nabi terdapat orang kafir dan orang Munafiq. Walaupun terpaksa menghadapi orang Munafiq yang mengaku islam, dakwah Nabi SAW kepada non Muslim tetap diteruskan.Lantaran itulah, lahirnya sahabat-sahabat nabi yang digelar sebagai "al-ansori" yang ketika itu sudah lahir orang-orang munafiq di madinah. Menunjukkan, dakwah nabi SAW kepada Non Muslim tetap diteruskan, walaupun disana terdapat orang-orang Islam yang tidak mahu kepada Islam.PENUTUPSebagai pendakwah, tidak selayaknya kita membataskan dakwah Islam kita kepada sesame muslim sahaja, bahkan perlu ada satu perancangan yang cukup rapi dalam melakukan dakwah islam kepada non muslim.Begitujuga kepada para artis, tidak selayaknya kita menutup terus lubang-lubang hiburan kepada mereka, tetapi sudah sampai masanya kita mengemukakan bentuk hiburan yang dibenarkan dalam islam, walaupun mereka masih lagi dengan rentak rock, Hip Hop dan sebagainya.Kepada pihak yang berkuasa pula, sewajibnya mereka menyediakan kursus-kursus disamping menyediakan peruntukan perbelanjaan dalam mengelolakan usaha dakwah ini.Pihak pendakwah pula, tidak boleh merasakan diri mereka telah terselamat dengan semata-mata mereka sudah hebat berceramah dan berkuliah di masjid dan surau. Apa yang perlu difikirkan oleh pendakwah adalah, berkawan dengan golongan-golongan yang tidak sealiran dengan kita, agar dari situ menjadi permulaan dalam menyampaikan islam kepada mereka.Semua ini akan berjaya, sekiranya kita bermula dengan kesungguhan. Tetapi jika ini tidak dilakukan, dibimbangi tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.SekianWallahu 'AlamAl-Bakistanihttp://one-g.blogspot.comabu_abdillah_azzam@yahoo.com

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan
Menurut Perspektif Islam Dan Sains

Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia


Ringkasan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

Islamic Widget

my playlist