PALESTIN

PALESTIN

27 disember 08 punya cerita sendiri
Kerakusan Israel memamah bumi palestin
Bangsa yang angkuh dan berdolak dalik
Kalam ALLAH sentiasa benar

Ratusan bom,ribuan peluru
Tanpa kenal sesiapa
Kerna itu misi makhluk ALLAH berjiwa haiwan
Pun alasan demi alasan Olmert utarakan
Dunia Islam tahu tipudayamu

Anak kecil,perempuan dan warga tua
Malah pemuda mujahidin
Umpama dijadikan mainan perang
Senjata canggih, nafsu serakah
Yang tinggal adalah runtuhan batu dan sungai darah

Aku terpaku dan tersendu
Saudaraku di palestin hatinya sentiasa bergetar
Bukan takut pada bangsa itu
Menunggu saat untuk syahid
Kalimat suci terus membasahi
Jiwa sikecil
Jihad jadi capaian
Bukan kehidupan dunia yang entah bersuluh entah malap

ALLAH
Kau suburkanlah rasa itu dalam palestin
Dalam umat iSlam sedunia
Hingga bergegar bumi ini
Dek jihad yang unggul
Bukan jumlah yang umpama lautan

ALLAH
Bangkitkanlah Khalid Al-Walid kedua
Hamzah Abu Talib kedua,
Solahuddin Al Ayubi kedua
Jutaan dan ribuan Syeikh Ahmad Yassin dan Aziz Rantisi
Biar jadi padang jarak padang tekukur
Bumi anbia itu
Milik islam palestin dan dunia
Bukan Zionist laknat ALLAH
DO NOT EVER MESS WITH THE MUSLIMS!!!

ALLAH
Bagaimana KAU jaga Kaabah
Sewaktu perang gajah
Kumohon agar KAU
Jagalah kiblat pertama umat islam itu
Dan berkatilah sekeliling Baitul Muqaddas
Apakah bakal ada Ababil kedua?

ALLAH
Terimalah doaku diwaktu sahur
Untuk saudara palestin
Berikan kekuatan kepada mujahidin, islam palestin
Bantulah mereka dengan tenteraMU dari langit
Jatuhkan rasa ketakutan dalam jiwa Israel
Seranglah jiwa dan mental mereka
Hingga rasa lemah longlai
Tidak bermaya
Berikanlah wabak penyakit berjangkit yang maha hebat
Dalam kumpulan mereka
Hingga maut menjemput sekelip mata

YA ALLAH
Menangkanlah hambaMU
Yang rukuk dan sujud kepadaMU
Ampuni kami yang sentiasa lalai dan melampaui batas
Tidak apa bagi kami ya ALLAH
Asalkan KAU tidak murka akan kami

YA ALLAH
Aku tidak punya apa-apa
Dibandingkan dengan saudaraku di palestin
Pun begitu
Medanku di sini
Suburkanlah jiwa ini dengan sifat mahmudah
Izinkan aku terus istiqamah

YA ALLAH
Salam kasih sayang untuk saudara palestin
Jujuran airmata untuk anak yatim dan balu
Jiwa berbunga untuk para syuhada
Doaku sentiasa bersama mereka semua

YA ALLAH
Apalah ada padaku
Palestin memanggil daku


ATIRON DAMHA
Seusai ceramah jihad wakil HAMAS
Stadium Sultan Muhammad IV, 23 Jan 2009

Islamic Widget

my playlist